MEE KARI NYONYA #CaraCikDyg

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Jom CikDyg nak share dengan hampa resepi mudah mee kari nyonya. Sesuai untuk yang takdak idea nak masak apa tapi tekak dah jemu nak makan nasi.

BAHAN-BAHAN:

(Bahan dikisar)

  • 4 biji buah keras
  • 1 inci lengkuas
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang besar (saiz sederhana)
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar udang kering tanpa kulit (rendam dulu untuk hilangkan masin)

(Bahan lain)

  • 2 batang serai
  • 4 sekawan
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 2-3 sudu serbuk kari
  • Bunga kantan
  • 2 keping asam keping
  • Daun kesum
  • ½ kotak santan
  • Fishball
  • Fishcake
  • Mee (dicelur)

CARA-CARA:

  1. Mula-mula, tumis serai & 4 sekawan sampai naik bau.
  2. Lepas tu, masukkan bahan yang dikisar, tumis lagi.
  3. Masukkan serbuk kari dan tumis sampai pecah minyak.
  4. Seterusnya, masukkan cili kisaq & ayaq sikit. Tumis sampai bau rempah tu hilang.
  5. Masukkan ayam & daging, masak sampai daging betul-betul lembut.
  6. Masukkan bunga kantan, asam keping & daun kesum.
  7. Masukkan santan dan biaq sampai mendidih.
  8. Lepas tu, hampa masukkan fishball & fishcake.
  9. Last sekali, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  10. Hidangkan dengan mee yang dicelur. Siap!

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab