MELTY CHOCOLATE CHEESESEKUT #CaraCikDyg

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Tak payah dok guna oven, tak payah guna mixer, tak payah guna blender pon boleh buat aihh.Senang sangat nak buat. Makan dia lagi senang. CikDyg memang hantu cheese. Memang selera CikDyg sungguh la yang ni. Jom CikDyg nak share resepi nya dengan hampa.

BAHAN-BAHAN:

  • 250 g cream cheese
  • 100 g whipping cream
  • 50 g susu full cream
  • 50 g susu pekat
  • 100 g chocolate coin @ chocolate compound (dicairkan) (boleh ganti dengan nutella)
  • Biskut salted cheese

CARA-CARA:

  1. Mula-mula, hampa putaq cream cheese sehingga lembut.
  2. Lepas tu, tuang whipping cream & putaq sehingga larut.
  3. Masukkan coklat yang dah dicairkan dan kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan susu pekat dan susu full cream.
  5. Lepas dah sebati semua bahan, patah-patahkan biskut dan teruih masukkan dalam adunan tadi.
  6. Gaul rata adunan cheesekut.
  7. Kemudian, tuangkan adunan ke dalam bekas. Tak payah susun berlayer-layer dah, hampa just tuang saja.
  8. Gunakan camca dan lenyek-lenyek sikit permukaan atas bagi rata & padat nah.
  9. Last sekali, hampa taboq milo ka, chocolate rice ka, nestum ka, cheese sagat ka,di permukaan atas mengikut citarasa.
  10. Sejukkan dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam sebelum makan. Siap!

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab