Zaman la ni kebanyakan orang dah guna microwave ja untuk panaskan makanan, mudah dan cepat. Bukan sahaja mudah digunakan, ia juga jimat masa dan tenaga.
Hampa pernah dengaq dak orang selalu kata yang microwave ni tak baguih untuk kesihatan? Ada yang kata buleh mengurangkan khasiat makanan.. boleh menyebabkan kanser. Tapi ni semua fakta atau mitos sahaja? Ha jom CikDyg nak share dengan hampa.
Kajian yang pernah dijalankan mendapati bahawa makanan yang dipanaskan di dalam microwave tidak akan mengubah struktur molekul di dalam makanan tersebut. Tenaga dari gelombang mikro tersebut tidak cukup kuat, hanya mampu menggetarkan sahaja molekul-molekul yang ada. Apabila molekul hanya digetarkan sahaja, sifat kimia dan nutrisi makanan tidak akan terjejas apabila dipanaskan di dalam microwave.
Jadi, khabar angin yang mengatakan makanan dari microwave boleh menyebabkan kanser adalah tidak benar.
Yang paling penting, hampa kena pastikan bekas yang digunakan untuk memanaskan makanan di dalam microwave tu adalah bersesuaian. Bekas seramik dan plastik sangat tahan dengan gelombang microwave, begitu juga dengan kaca tahan haba.
Hampa jangan gatai-gatai pi guna bekas besi nah, sat lagi terbakaq microwave hampa sebab gelombang dari microwave akan meningkat bila hampa guna bekas besi.
SEMOGA BERMANFAAT!