Nasi Goreng Bunga Kantan #CaraCikDyg

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

BAHAN-BAHAN:

(Bahan tumbuk)

  • 5-10 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih

(Bahan lain)

  • Sedikit belacan
  • 2 cawan nasi sejuk (dileraikan)
  • 1 sudu besar pes tomyam
  • 1 keping dada ayam
  • 1 kuntum bunga kantan (hiris halus)
  • 1 batang serai (ambil bahagian putih & hiris halus)
  • Udang
  • Sos sotong
  • Sos tiram
  • Kicap cair
  • 2 biji telur goreng (dihancurkan)
  • Sayur kegemaran (contoh: carrot, kobis, kacang botol, cendawan)

CARA-CARA:

  1. Mula-mula, hampa tumis serai sampai dia garing sikit.
  2. Lepas tu, hampa masukkan bahan tumbuk & tumis sampai naik bau nah.
  3. Hampa masukkan sedikit belacan, goreng sampai garing sikit lagi.
  4. Seterusnya, hampa masukkan udang bersama ayaq.
  5. Hampa masak sat saja udang tu, lepas tu masukkan bunga kantan & sayoq kegemaran hampa.
  6. Masukkan ayaq sikit lagi nak bagi cepat masak & hampa masak sampai ayaq dia kering sikit.
  7. Lepas tu, hampa masukkan nasi. Perasakan dengan sos sotong, sos tiram & kicap cair secukup rasa, kacau bagi sebati semua bahan.
  8. Last sekali, hampa masukkan telur yang dah digoreng & jugak cendawan.

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab