NASI MINYAK SIMPLE #CaraCikDyg

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Biasa nasi minyak ni sesuai kalau nak hidang kat tetamu, tapi la ni kan tengah PKP. Kalau dah bosan makan nasi putih biasa ja kat rumah, apa kata hampa cuba masak nasi minyak pulak sekali sekala. Simple ja, hidang dengan ayam masak merah ka, daging beriani ka, acar timun.. mesti fefeeling macam tengah makan kenduri.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 pot beras (dibasuh)
  • Minyak sapi
  • 4 sekawan (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih)
  • 1 biji bawang besar @ 3 biji bawang merah (dimayang)
  • 2 inci halia (dimayang halus)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang halus)
  • 2 helai daun pandan
  • 2 camca besar minyak sapi
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 cawan ayaq (bergantung pada kuantiti beras)
  • Garam secukup rasa

CARA-CARA:

  1. Mula-mula, hampa tumis 4 sekawan dengan minyak sapi sampai layu dan naik bau.
  2. Lepas tu, hampa masukkan daun pandan & ayaq, masak sampai mendidih.
  3. Bila dah mendidih, hampa masukkan susu.
  4. Perasakan dengan garam & gula secukupnya.
  5. Kemudian, hampa tutup api dan teruih tuang ke dalam periuk nasi berisi beras.
  6. Hampa tengok sukatan ayaq ada kat tahap mana dalam periuk nasi tu, kalau agak-agak tak cukup buleh tambah lagi.
  7. Lepas dah tambah ayaq, hampa rasa dulu rasa manis & masin cukup ka dak lagi. Hampa ejas mana hat kurang rasa nah.
  8. Last sekali, masak dalam rice cooker macam biasa.

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab