OGURA CHEESE CAKE #CaraCikDyg

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Creamcheese Ogura #CaraCikDyg hanya 6 bahan saja. Memang super moist sangat tau. Simpan dalam peti ais lepas tu potong makan. Adududu cayaq dalam mulut pulak tu dah serupa makan ais krim vanila dah.

BAHAN-BAHAN:

  • 120g cream cheese*
  • 30g minyak masak*
  • 80ml susu full cream*
  • 40g gula*
  • Secubit garam halus*
  • 70g tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 5 biji kuning telur
  • 1 Esen Vanila*

(Bahan maringue)

  • 5 biji putih telur
  • 60g gula Kastor
  • 1/4 tsp cream of tartar

(Tambahan)

  • 30g serbuk koko

CARA-CARA:

  1. Masak bahan bertanda * secara double boil sehingga larut & tak berketul.
  2. Seterusnya msukkan kuning telur & 1 biji telur. Kacau sebati. Masukkan tepung, kacau sehingga rata.
  3. Putar putih telur & cream of tartar sehingga berbuih. Masukkan gula sikit demi sedikit smpai habis.
  4. Putar sehingga adunan kental & soft peak.
  5. Satukan adunan cheese & maringue. Bahagikan kepada 2 bahagiam: satu bahagian masukkan serbuk koko.
  6. Tuangkan ke dalam loyang 8 inci secara berselang-seli.
  7. Bakar kaedah water bath 160c selama 1jam.

InshaAllah kek ni tak buat hampa tercekik tau bila makan. Sebab dia lembut bak sutera giteww. Satgi kata lembut macam CikDyg ada yang melugai pulak kan. Hahaha. Kek ni tak manis sangat tau, lemak berkrim secukup rasa la orang kata.

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab