Makan sebiji confirm tak cukup. Mudah sangat nak buat, jom CikDyg share dengan hampa resepinya.

BAHAN-BAHAN: (sukatan untuk 10 biji pau)

  • 250g (2 ½ cawan ) tepung pau diayak. *kalau nak pakai tepung gandum pun boleh
  • 3g ( ¾ sudu teh) yis kering
  • 2g ( ½ sudu teh) baking powder
  • 50g (4 sudu makan) gula kastor
  • 20g (1 sudu makan) lemak sayuran
  • 2g (1 sudu teh) bread softener
  • ½ cawan air suam

CARA-CARA:

  1. Mula-mula, hampa satukan tepung, yis, baking powder, bread softener di dalam mangkuk adunan.
  2. Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
  3. Kemudian, masukkan lemak sayuran dan uli lagi sehingga doh jadi licin/tak melekat.
  4. Kalau hampa guna bread maker, masukkan mengikut turutan: air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula kastor, bread softener dan lemak sayuran. Lepas tu, hampa pilih menu “dough” dan tekan start.
  5. Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.
  6. Untuk penggunaan bread maker, biarkan doh di dalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 ½ jam).
  7. Bahagikan doh kepada 10 bahagian
  8. Masukkan inti (ikut suka hampa nak guna inti apa), dan tutup kemas.
  9. Letakkan setiap pau di atas kertas empat segi (2″ x 2 “) dan susun di dalam pengukus.
  10. Rehatkan pau selama 45 minit di dalam kukusan.
  11. Untuk mengukus, didihkan air didalam periuk pengukus.
  12. Bila air dah mendidih, letakkan kukusan yang berisi pau tadi. Air perlu lah betul-betul panas/mendidih untuk dapatkan pau yang lembut dan gebu.
  13. Kukus pau selama 10 minit.
Siap!

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top