PERBEZAAN DAIRY & NON DAIRY WHIPPING CREAM

Whipping cream merupakan salah satu bahan yang sering digunakan ketika buat kek. Whipping cream ada dua jenis, dairy dan non dairy. Apakah perbezaannya? Jom CikDyg nak share dengan hampa macam mana nak bezakan, so, lepas ni tak tertukaq dah setiap kali nak pi beli barang buat kek.

DAIRY WHIPPING CREAM

  • Juga dikenali sebagai UHT Whipping Cream @ Thick Cream @ Double Cream.
  • Merupakan produk tenusu
  • Mengandungi lemak susu sehingga 35 -36 %
  • Boleh digunakan untuk menghias kek, tetapi kurang sesuai dan agak susah kerana konsistensi yang kurang stabil
  • Perlu disimpan di tempat sejuk
  • Sesuai untuk membuat mousse, filling, sos, dan lain-lain.
  • Berhati-hati semasa membeli kerana ia menggunakan lemak susu. Cari tanda halal dan teliti kandungan bahan pada kotak terlebih dahulu.
  • Jenama popular: Anchor, Emborg, Pauls

NON DAIRY WHIPPING

  • Juga dikenali sebagai fresh cream @ whip topping for cake and pastries @ whipped topping
  • Dihasilkan dari minyak sayuran dan minyak kelapa sawit, tidak mengandungi bahan tenusu.
  • Rasanya manis kerana sudah mempunyai gula
  • Digunakan untuk menghias kek.
  • Lepas kek dihias perlu simpan peti sejuk kerana tak tahan suhu panas.
  • Perlu disimpan di tempat beku untuk tahan lebih lama. Jadi, bila nak guna.. cuma perlu keluarkan lebih awal untuk proses nyah beku.
  • Juga boleh digunakan dalam masakan seperti sup, minuman, dessert, coklat ganache

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top