Petua Hilangkan Kesan Kunyit Pada Blender

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Setiap hampa blend kunyit, mesti akan tinggalkan kesan kuning.. betui dak? Dah tu, susah pulak nak bersihkan. Kalau biaq lama-lama, warna kuning tu akan bertukaq jadi hitam dan nampak macam blender tu berdaki lah pulak. Alamak, segan ceq oi kalau orang tengok blender berdaki lagu tu. Kita nak guna untuk masakan lain pun jadi tak berselera.

Sebenaqnya, ada petua yang hampa buleh cuba untuk bersihkan blender dengan menghilangkan kesan kuning yang ada. Jom CikDyg nak share caranya dengan hampa:

CARA PERTAMA: 2 sudu makan cuka, 1 cawan ayaq panas

  1. 1. Masukkan ayaq panas dan cuka ke dalam blender hampa. Biaq selama 2-3 minit.
  2. Kemudian hampa bled campuran ayaq panas dengan cuka tu beberapa kali sampai hilang kesan kotoran pada mata blender.
  3. Akhir sekali, hampa bilas dengan ayaq panas dan keringkan.

CARA KEDUA: 3 sudu makan beras, 1 biji limau nipis, ayaq secukupnya

  1. Hampa potong limau nipis tu kecik- kecik.
  2. Masukkan ke dalam blender Bersama ayaq dan beras.
  3. Blend campuran bahan tadi selama 15-20 saat lagu tu.
  4. Tuang bahan kisaran ke dalam bekas lain dan bilas blender hampa sampai bersih.
  5. Hampas limau dan beras tadi tu hampa buleh guna untuk bersihkan bahagian luaq dan dalam blender.

SEMOGA BERMANFAAT!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab