PUDING MILO SUSU #CaraCikDyg

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Jom CikDyg nak ajaq hampa cara nak buat puding milo susu #CaraCikDyg

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket serbuk agar-agar (10 g)
  • 1 tin susu cair
  • 1.1 litre air
  • 180 g gula
  • Secubit garam
  • 3 sudu besar milo
  • ½ cawan susu tepung @ serbuk horlicks

CARA-CARA:

  1. Mula-mula hampa masak ayaq, dan masukkan serbuk agar-agar.
  2. Bila ayaq dah mendidih, hampa masukkan gula dan kacau bagi larut.
  3. Masukkan susu cayaq & garam. Kacau sehingga larut dan biaq sampai mendidih.
  4. Bila dah mendidih, hampa tutup api & bahagikan kepada 2 bekas. Bekas pertama dijadikan adunan agar-agar susu, bekas kedua dijadikan sebagai agar-agar milo.
  5. Untuk adunan bekas pertama, hampa letak susu tepung & kacau sampai larut. Tuang ke dalam loyang & simpan dalam peti ais sampai keras.
  6. Adunan yang lagi satu tu hampa letak serbuk milo & kacau sampai sebati.
  7. Tuang adunan agar-agar milo lebih kurang 3 senduk ke dalam acuan yang hampa mau & ketepikan.
  8. Bila agar-agar susu tadi dah keras, hampa potong dadu kecik-kecik dan taboq atas lapisan adunan agar-agar milo di dalam acuan tadi.
  9. Lepas tu, hampa tuang lagi adunan agar-agar milo yang masih cayaq tadi, dan taboq lagi kiub agar-agar susu sampai habis.
  10. Tuang baki adunan agar-agar milo tadi bagi perhabih sebagai lapisan paling atas.
  11. Sejukkan dalam peti ais sampai keras, sekurang-kurangnya 1 jam sebelum makan.

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab