Jom cuba buat Puding Mozek #CaraCikDyg Rugi tau kalau tak try buat. Dah la bahan dia mudah saja tau. Mai CikDyg share resepi kat sini dengan hampa.

 

BAHAN A (bahagian berwarna)

 

  • 700ml air
  • 1/2 cawan gula
  • 10g serbuk agar-agar
  • Pewarna kesukaan

 

CARA-CARA

 

  1. Mula-mula, hampa masak ayaq sehingga suam.
  2. Kemudian, masukkan serbuk agar-agar dan gula. Masak sehingga larut dan mendidih.
  3. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut kesukaan.
  4. Sejukkan di dalam peti ais sekurang-kurangnya satu jam.

(Klik sini kalau nak belajar (11 Resepi Non Bake Cheese Cake) 

 

BAHAN B (untuk bahagian putih)

 

  • 1 litre Susu Full Cream
  • 10g serbuk agar-agar
  • Suku cawan gula
  • 4-5 sudu besar (penuh) susu pekat manis
  • 1 cawan air
  • Secubit garam

 

CARA-CARA

 

  1. Masak kesemua bahan di dalam periuk sehingga larut dan mendidih.
  2. Sekiranya nak extra manis, hampa tambahkan gula atau susu pekat manis.

 

TEKNIK LAPISAN MOZEK

 

  1. Keluaq kan agar-agar bahagian berwarna tadi bila dah keras, dan potong dadu kecik kecik.
  2. Masukkan agar-agar bahagian putih ke dalam acuan pilihan hampa, bergantung pada hampa nak boh banyak mana. Tapi jangan banyak sangat, jangan sikit sangat.
  3. Kemudian taboq potongan dadu agar-agar berwarna tadi.
  4. Lepas tu hampa ulang lagi step kedua dan ketiga sampai lah habis.
  5. Sejukkan di dalam peti ais. Lepas 1-2jam lagu tu (atau sampai keras) hampa dah boleh makan.

 

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top