RAHSIA AYAM GORENG CRUNCHY, JUICY & SUPER SEDAP

Ramadhan dah tak lama lagi kan. Mai CikDyg share dengan hampa cara yang mudah nak buat ayam goreng ala-ala KFC. Salah satu menu mudah untuk berbuka. Simpan dulu nanti boleh buat. Senang yakmat cek oiii. Jimat mudah sedap segar lazat. Todiaaaa.

BAHAN-BAHAN:

  • 6 camca besaq Tepung Bestari (ikut citarasa nak guna yang original atau pedas)
  • 1 camca besaq tepumg gandum
  • 1 camca besaq tepung beras
  • Sedikit ayaq
  • 5 ketoi ayam
  • Minyak untuk menggoreng

CARA-CARA:

1. Mula-mula, gaul sebati 3 camca besaq tepung bestari dan ayaq untuk dijadikan bahan perapan ayam. Toksah dok tambah garam dah, tepung ni dah masin.
2. Ni tahap kecairan bahan perapan ayam, tak pekat sangat tak cayaq sangat.
3. Masukkan ayam, nak sedap guna bahagian paha. Kalau guna bahagian isi, hampa kelaq-kelaq sikit bagi tepung masuk dalam ayam.
4. Kacau bagi sebati bersalut lagu ni. Perap sekurang-kurangnya 6 jam, simpan dalam peti ais chiller bukan freezer. Lagi lama lagi sedap.
5. Selepas 6 jam, buat bancuhan tepung untuk salut ayam ( 3 sudu besar tepung goreng bestari, 1 sudu besar tepung gandum, 1 sudu besar tepung beras). Kacau sebati.
6. Masukkan ayam yang dah diperap 6 jam tadi. Tak payah celup teloq ka apa dah. Pastikan masa nak salut ayam, tangan kering. Kalau tangan basah, satgi tangan hampa yang bersalut.
7. Gaul sampai dia bersalut tebai, ibarat boh bedak tebai-tebai kat dia. Tonyoh-tonyoh sikit kat isi tu bagi melekat tepung. Baru sedap.
8. Tudiaaaa siap dah ayam kita berbedak. Gebu elok aih lagu ni. Ready untuk goreng.
9. Pastikan nak goreng ayam, minyak ni betoi-betoi panas. Mula-mula goreng api kuat, elok dah masuk semua ayam baru serdahanakan api. Satgi tak masak bahagian dalam.
10. Tips nak ayam tu masak elok sekata: pastikan minyak tu boleh rendam semua ayam. Kalau boleh, goreng dalam periuk atau kuali sekata.
Tadaaaaaaaa siap dah.

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top