RESEPI GULAI SARDIN #CaraCikDyg

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Dah bosan asyik masak sardin cara yang sama ja? Ni CikDyg saja nak share dengan hampa resepi yg simple yakmat, Gulai Sardin #CaraCikDyg Hat mana yang takdak idea nak masak apa tu buleh lah try nanti.

Gulai ni kari sebenaqnya, tapi orang utagha panggil kari tu gulai… ka hampa dah tau dah? Hehehe. Saja la CikDyg nak habaq kut ada yang terkonpius CikDyg ajaq resepi gulai lagu mana ni.

BAHAN-BAHAN:

  • 1batang serai diketuk
  • 2biji bawang merah (siap blend)
  • 2ulas bawang putih (siap blend)
  • 1/2inci halia (siap blend)
  • 1tin sardin
  • 1sudu besar serbuk kari (CikDyg guna serbuk kari daging, kalau hampa nak guna serbuk kari ikan pun buleh)
  • Sehelai daun kari
  • 2helai daun limau purut
  • Gula dan garam

CARA-CARA:

  1. Mula-mula macam besa la, hampa panaskan minyak. Tomeh (tumis) daun kari sampai naik bau.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia dan serai, tomeh lagi sampai garing sikit.
  3. Lepas tu, masukkan serbuk kari dan kacau lagi. Hampa masukkan ayaq sikit, dan kacau sampai pecah minyak.
  4. Masukkan daun limau purut, lepas tu hampa tambah ayaq lagi ikut citarasa hampa nak kuah pekat mana.
  5. Hampa tuang sardin dalam tin sekali dengan kuah dia, dan biaq sampai mendidih.
  6. Perasakan kuah dengan garam dan gula secukup rasa. Kalau hampa suka rasa masam-masam macam CikDyg, hampa tambahkan ayaq asam gelugoq (gelugur). Kalau takmau pun takpa, kuah dari sardin dalam tin tu pun memang masam dah.

Siap dah! Simple kan?

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab