Jom cikdyg ajaq hampa cara buat butter kek #cara cikdyg yang super sedap, wangi dan moist gilersss. Yang bestnya dia punya aroma tu memang menusuk ke otak. Bahan yang mudah dicari tapi pastikan berkualiti tau.

BAHAN-BAHAN:

  • 250 gram pure butter (CikDyg guna jenama Anchor)
  • 250 gram tepung naik sendiri
    (Kalau guna tepung gandum, boleh masukkan 1 sudu kecil baking powder)
  • 170 gram gula kastor
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 4 biji telur gred A
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 sudu besar perahan lemon.

CARA-CARA:

  1. Pukul butter, susu pekat dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih (low speed kemudian sederhana kemudian high speed).
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang seli dengan tepung.
  3. Masukkan susu segar dan pukul lagi sampai sebati. Guna speed perlahan sahaja.
  4. Masukkan jus lemon dan gaul sebati.
  5. Masukkan dalam loyang saiz 8-9″ yang telah dilapik baking paper atau di spray terlebih dahulu. Bakar suhu 180°C selama 45 minit atau sehingga masak.
  6. Angkat dan sejukkan atas redai.

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top