Sambal Belacan Goreng #CaraCikDyg

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Assalamualaikum. Hari ni CikDyg nak share dengan hampa resepi sambal belacan goreng tersedap ni.

Makan dengan nasi panaih-panaih, pekena ikan goreng ka ayam goreng ka, boh pulak ulam kacang botoi… Ikan kering pon jalan oii. Tudia aihhh laju nasi seperiuk!

Simple ja hampa buleh try noh.. Jangan lupa share!

BAHAN-BAHAN:

  • 2 batang cili merah
  • 13 batang cili padi
  • 1 biji bawang merah
  • 1 biji tomato
  • 1/2 biji limau nipis
  • 1 inci belacan bakaq
  • 1 sudu gula
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menumis & menggoreng

CARA-CARA:

  1. Mula-mula, hampa potong cili merah, tomato, cili padi, bawang merah.
  2. Panaskan minyak utk menumis, masuk kesemua bahan (kecuali limau nipis) dan goreng sampai layu.
  3. Agak-agak dah layu dan naik bau, hampa tutup api.
  4. Hampa biaq sejuk sat, kemudian blend bersama gula dan garam secukup rasa.
  5. Hampa goreng sambal yang siap blend tadi, agak-agak dah nak garing tu baru perah limau nipis.
  6. Bila sambal tu dah mendidih dan pecah minyak, biaq sat dalam 5 minit lagu tu, kemudian angkat dan hidangkan. Siap!

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab