Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Jom save resepi ni siap-siap, esok buleh la lunch menu Ikan Siakap 3 Rasa #CaraCikDyg. Makan dengan nasi paniah-panaih, dengan Pucuk Paku Goreng Belacan, fuhhhh

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan siakap (dikelar)
  • Garam
  • Kunyit
  • 1 sudu besaq tepung jagung

(Bahan kuah)

  • Serai 1 batang
  • Bawang besar 1 labu (dipotong dadu)
  • Halia 1 inci
  • Bawang putih 2 ulas
  • Daun limau purut
  • Cili padi
  • Cili merah
  • Lada benggala (dipotong dadu)
  • Totamo (dipotong dadu)
  • Nenas
  • 1 sudu besaq Sos Ikan
  • 2 sudu besaq Sos Tiram
  • 2 sudu besaq Sos tomato
  • 2 sudu besaq Sos cili
  • Secubit garam

CARA-CARA:

  1. Mula-mula, hampa lumoq (lumur) ikan siakap dengan garam, diikuti dengan serbuk kunyit, dan tepung jagung.
  2. Lepaih tu, hampa goreng separuh masak saja nah.
  3. Untuk kuah nya, hampa tomeh (tumis) bawang putih, halia, cili padi, cili merah, dan serai.
  4. Bila dah layu, hampa masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram. Kacau sebati.
  5. Masukkan bawang besaq, tomato, lada benggala, nenas, dan daun limau purut.
  6. Masukkan ayaq sedikit, kacau sebati.
  7. Masukkan sos ikan, perasakan dengan garam secukup rasa.
  8. Kacau sebati, dan tuangkan di atas ikan tadi. Siap!

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab