Siakap Stim Ala Thai #CaraCikDyg

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Alhamdulillah hari ni masak menu yang sungguh cepat dan mudah. Ikan siakap masak stim ala-ala thai #CaraCikDyg

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan siakap bersihkan, kelar ikut suka.
  • 1 batang serai
  • 1 biji air limau nipis
  • 2 inci halia (Potong nipis dan sumbatkan dalam perut ikan yang dah dibersihkan tadi)

BAHAN KUAH STIM IKAN:

  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar sos plum
  • 1 biji air limau nipis
  • Sedikit gula

Tumbuk kasar kesemua bahan ni:

  • 5 biji cabai melaka
  • 1 kiub pati ayam/bilis
  • Akar ketumbar
  • 2 helai daun limau purut (buang urat dia noh, satgi pahit)
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

CARA-CARA:

  1. Lumurkan ikan dengan 1 biji air limau nipis. Kemudian stimkan 5 minit. Buang air lebihan stim ikan.
  2. Gaul kesemua bahan kuah yang dah dikisar bersama sos ikan, sos plum, 1 biji air limau nipis, dan gula.
  3. Curahkan kuah di atas ikan yang telah siap distim tadi, kemudian stim lagi 10 minit.
  4. Hiaskan dengan daun ketumbar. Siap sedia untuk dinikmati.

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab