Snowy Cheese Cake #CaraCikDyg

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Hai hampa. CikDyg nak share dengan hampa macam mana buat Snowy Cheese Cake. Kalau hampa nak tau, kek ni paling banyak CikDyg buat juai. Untung dia pon boleh tahan ceq oi. Hampa yang baru start nak nega, boleh try resepi ni. Mudah sangat.

RESEPI KEK

Bahan-Bahan (A)

  • 5 Biji Telur (Gred A)
  • 80g Gula
  • 100g Tepung Gandum
  • 50g Tepung Jagung
  • 1 Sudu Kecil Serbuk Vanilla
  • 1 Sudu Baking Powder
  • 50g Full Cream Milk
  • 1 Sudu Ovalette

Bahan B

  • 80g Minyak Jagung

CARA-CARA:

  1. Putar Bahan (A) sehingga gebu.
  2. Masukkan Bahan (B) dan putar sekali lagi sehingga sebati dan gebu.
  3. Setelah adunan sebati, masukkan adunan tersebut ke dalam acuan (petak).
  4. Kemudian bakar menggunakan suhu 160’c selama 45 minit.

RESEPI TOPPING CHEESE

  • 250g Cream Cheese
  • 120g Susu Pekat
  • 30g Whipping Cream

CARA-CARA:

  1. Putar kesemua bahan di atas sehingga sebati dan agak gebu.
  2. Potong kek yang telah masak kepada dua (2) bahagian .
  3. Masukkan Krim Topping Cheese ke dalam piping bag dan kemudian pipe ke atas kek yang telah dibahagikan tadi.
  4. Tutup kek dengan separuh lagi kek yang telah dipotong tadi dan pipe kan topping cheese sekali lagi di permukaan atas kek tersebut.
  5. Untuk nampak lagi menarik dan tambah lagi kesedapan kek ni, sagat keju cheddar ke atas kek dan siap.

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab