SPAGHETTI MEATBALL #CaraCikDyg

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Jom layan Spagetthi Meetball Cara Cik Dyg yang pasti buat hampa ketagih.

BAHAN-BAHAN:
• Spaghetti (dicelur)

(KUAH)
• Meatball (goreng sehingga garing, ketepikan)
• 2 labu bawang besar (dikisar)
• 2 sudu besar cili kisar
• 2 ketul daging cincang
• 2 biji tomato (dipotong dadu)
• 1 batang carrot (dipotong dadu)
• 1 botol sos spagetthi kimball
• Sedikit italian herbs
• 1 tin cendawan butang (cincang)

CARA-CARA:

1. Mula-mula, hampa tumis bawang besaq sampai layu dan naik bau.
2. Lepas tu, masukkan cili kisaq, goreng sampai garing.
3. Agak-agak dah pecah minyak, masukkan daging cincang & sedikit ayaq supaya daging tu mudah masak.
4. Masukkan tomato & sos spaghetti. Masak sampai semua tomato terkeluaq isi dari kulit dia.
5. Masukkan pulak carrot. Jangan letak lambat sangat nah, sat lagi dia keras lagi bila nak makan sebab tak cukup masak.
6. Seterusnya, masukkan italian herbs, cendawan & bebola daging. Masak kuah ni sampai mendidih.
7. Dah siap kuah, hampa hidangkan la bersama spaghetti.

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab