TIPS BELI KETAM SEGAR & BANYAK ISI

Siapa suka makan ketam, tapi selalu tak puas hati dengan kualiti ketam yang hampa beli? Haaa, hampa wajib baca ni. Nak buat masak tiap-tiap hari, harga ketam bukannya murah betui dak? Jom CikDyg nak share tips-tips penting macam mana nak pilih ketam yang banyak isi dan segaq.

1. Waktu membeli

  • Kalau hampa nak beli ketam, pilih lah time musim bulan mengambang penuh. Waktu ni, isi ketam lebih padat dan banyak. Percayalah, memang banyak perbezaannya kalau hampa beli waktu lain.

2. Warna cengkerang

  • Tips ni terutama sekali untuk jenis ketam bunga. Lihat pada warna cengkerangnya, iaitu di bahagian atas dan pada sepit. Kalau warna dia kebiru-biruan, itu bermaksud ketam masih segar.

3. Berat ketam

  • Setiap kali nak pilih ketam, hampa timang-timang dulu dengan tangan. Ketam yang lebih berat, bermaksud isinya lebih padat.

4. Kenalpasti jantina ketam

Hampa kenai dak beza ketam betina dan jantan? Meh CikDyg nak cerita.

  • Hampa tengok kat bahagian belakang ketam, bentuk segi tiga yang lebih lebar dan bulat menunujukkan yang ketam tu ketam betina. Di situ lah terletaknya telur ketam nanti. Sepitnya juga lebih pendek dan kecil berbanding ketam jantan. Warnanya ketam betina agak kelabu-coklat.
  • Ketam jantan warnanya putih-kebiruan, dan sepitnya lebih besar. Belakang badan ketam jantan mempunyai bentuk segi tiga yang lebih tirus.

So, ketam betina lebih banyak isi berbanding ketam jantan. Kalau hampa pilih yang ada banyak telur, lagi bagus. Lagi puas hati makan, betui dak?

kredit foto: bayweekly.com

5. Permukaan belakang ketam

  • Bentuk segi tiga yang ada di belakang ketam tu, cer hampa tekan-tekan sikit. Kalau terlalu lembut dan mudah ditekan, bermaksud ketam tu dah lama. Pilih lah yang masih keras dan susah untuk ditekan.

6. Bau laut

  • Bau hanyir pada ketam sudah semestinya menandakan yang ketam tu dah lama, dan dah tak segar. Kalau fresh lagi, ada bau laut giteww.

7. Cukup sifat

  • Sebaiknya, pilihlah ketam yang cukup sifat. Contohnya, kaki ketam masih sempurna melekat pada badannya dan matanya masih ada lagi.

Sekian sahaja perkongsian dari CikDyg. Senang ja sebenaqnya nak pilih ketam yang banyak isi kalau hampa tau cara dia.

SEMOGA BERMANFAAT!

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

Follow Kami

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top