TIPS BUANG ANGIN DALAM BADAN

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

CikDyg nak share kat hampa ni, untuk geng spesies CikDyg jenis banyak angin dalam badan… angin pulak takmau keluaq, perut rasa kembung. Nak berlahak (sendawa) tak lepas, rasa sebu dada lepas tu sakit habis satu badan.

Orang kata halia baguih, tapi kalau nak minum ayaq halia saja memang CikDyg tak boleh telan cek oii. Maka nya, CikDyg try la susu & halia. Bahan dari dapoq saja.

Halia lebih kurang 2 inci, Susu terpulang kat hampa nak guna susu apa. Nak bancuh susu tepung pun buleh.

CARA DIA SENANG JA:

  1. Panaskan susu dalam periuk, lepas tu boh halia.
  2. Biaq sampai mendidih, katop api.
  3. Bila suam, terus minum. Mak aihhh sedap jugak rupanya. Memang sodap.

Masa nak lena tu, angin dia keluaq bukan sepoi-sepoi bahasa. Dia punya keluaq tu mak aihhh berdentum dentum mengalahkan mercun.

Badan yang rasa lemah terkulai layu di tasik madu terus rasa ringan bagaikan ditiup angin giteww. Siap boleh lompat-lompat lagi tau.

SEMOGA BERMANFAAT!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab