TIPS KEKAL CERGAS & BERTENAGA DI BULAN RAMADHAN

Bulan ramadhan ialah bulan penuh keberkatan, bulan yang paling ditunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia untuk kumpul pahala yang berlipat-ganda dan meningkatkan amal ibadat.

So, sebab tu lah kita kena kekal cergas dan bertenaga walaupun ketika berpuasa. Kalau asyik penat, lemah tak bermaya sebab tak makan, asyik terbaring tidur je.. macam mana nak pulun beribadat kan? Ramadhan tiba hanya setahun sekali, rugi sangat kalau kita tak manfaatkan peluang yang ada.

Jom CikDyg nak kongsikan antara tips-tips macam mana nak kekal cergas walaupun berpuasa.

  1. Ambil makanan yang lambat hadam ketika waktu sahur. Makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks dan serat seperti nasi, capati, roti jagung, oat, bijirin, roti mil, sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan sebegini akan kekal di dalam perut untuk jangka masa yang lama dan melambatkan rasa lapar.
  2. Melambatkan waktu sahur. Jangan skip sahur tau, sahur kan sunat. Adalah yang terbaik untuk melambatkan sahur kerana glukos (sumber tenaga) daripada karbohidrat yang dimakan pada waktu sahur akan tahan lebih lama. Tapi sahur lambat, jangan sampai terlepas makan sampai masuk waktu subuh pula!
  3. Makan 3-4 biji kurma ketika berbuka. Selain makanan sunnah, ia mengandungi gula, serat, karbohidrat serta zat galian yang baik untuk kesihatan. Kurma dapat menggantikan segera tenaga yang diperlukan oleh badan kita setelah seharian berpuasa.
  4. Elakkan makan bergoreng dan berlemak. Makanan ini menyebabkan ketidakhadaman dan senang berlakunya pedih ulu hati.
  5. Kurangkan makanan manis. Makanan manis tidak dapat disimpan lama kerana dihadam terlalu cepat dan hanya akan membuatkan kita cepat berasa letih.
  6. Banyakkan pengambilan air. Minum 2 gelas air putih sewaktu berbuka, sebelum tidur, dan sewaktu sahur.
  7. Elakkan makanan berempah dan pedas. Makanan ini akan merangsang pengeluaran terlalu banyak asid gastrik. Meraka yang mempunyai masalah gastrik eloklah mengelakkan makanan sebegini.
  8. Elakkan minuman berkafein dan air berkarbonat kerana minuman ini akan menyebabkan kita lebih kerap membuang air dan mempercepatkan kehilangan cecair dalam badan.

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top