Tips Kurangkan Rasa Masin Pada Ikan Masin

Ikan kering atau ikan masin dihasilkan dengan penggunaan garam yang banyak untuk proses mengawet. Tapi, kalau dah terlalu masin sampai tak buleh nak makan, lagu mana pulak? Lagipun, tak elok makan masin-masin ni nanti darah tinggi naik ceq oi.

Ada petua yang hampa buleh cuba untuk kurangkan sikit rasa masin tu sebelum masak. Jom CikDyg nak share dengan hampa antara tips-tips yang ada, hampa buleh lah cuba hat mana-mana satu:

AYAQ KELAPA

Sebelum masak, hampa rendam ikan masin tu dengan ayaq kelapa selama 30minit. Bukan sahaja buleh kurangkan masin, cara ni jugak buleh kurangkan bau hapak pada ikan tersebut.

AYAQ GARAM

Rendam di dalam ayaq berisi garam (dalam 1-2 camca besaq lagu tu. Kalau ikan hampa banyak, hampa ejas la noh). Rendam selama 20-30minit, kemudian basuh dengan ayaq bersih. Cara ni memang berkesan sebab rasa masin dari ikan akan keluar bersama ayaq garam.

Rendamkan ikan masin di dalam ayaq biasa selama 12-24jam. Kalau rendam sat saja tak jadi, kena bagi lama.

Lepaih ni takdak la hampa pening pala pikiaq macam mana nak masak ikan masin yang masin berdengung. Goreng sampai rangup, makan dengan nasi putih saja, boh ulam-ulaman… perghhh menambah berpinggan-pinggan tau cikdyg habaq kat hampa. Hehe

SEMOGA BERMANFAAT!

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top