TIPS MAKANAN BERSANTAN TAK MUDAH BASI

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Masakan bersantan ni salah satu kegemaran orang Malaysia, betui dak? Contohnya kari, gulai, rendang, masak lemak cili api, dan banyak lagi.

Tapi masalah utama makanan bersantan ni, cepat basi. Tak syiok la pulak lagu ni, habih tu takkan nak buang ja makanan tak habih tu? Haa jom CikDyg nak share dengan hampa tips untuk elakkan masakan bersantan ni daripada cepat basi.

BELI SANTAN BARU

Kalau hampa pi beli santan segaq di kedai, pastikan santan tu masih baru nah. Kalau beli kelapa parut, pastikan kelapa tu baru saja diparut dan perah dengan ayaq suam.

MASAK DENGAN CARA YANG BETUL

Masa masak, hampa kena masak bagi lama nah. Biaq sampai betui-betui mendidih dan hampa agak-agak dalam 10minit kemudian bila kuah masakan tu dah berkurang sikit, baru hampa katup (tutup) api.

Makanan yang masih panas jangan teruih pi tutup rapat-rapat sebab wap panas pun akan menyebabkan makanan hampa cepat basi. Kalau nak panaskan semula pun tak perlu ditutup.

SIMPAN DALAM FREEZER

Simpan lauk dalam peti sejuk beku (freezer) juga merupakan cara terbaik untuk pastikan makanan bersantan tahan lama. Bila nak makan semula, hampa bawak keluaq pada suhu bilik dulu kemudian panaskan semula. Masa panaskan, hampa jangan tutup nah. Biaq wap panaih tu keluaq.

SEMOGA BERMANFAAT!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab