Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Tips ni mungkin nampak remeh bagi sesetengah orang, tapi sebenarnya sangat penting bagi yang baru berjinak-jinak nak ke pasar. Dalam banyak-banyak pilihan ikan yang ada, pasti ada yang kurang segar. Jadi, CikDyg nak share antara tips-tips penting dalam membeli ikan.

MATA

Ikan yang segar matanya timbul dan jernih. Ikan lama biasanya berwarna merah.

INSANG

Pilih ikan yang insangnya masih merah, dan boleh diregang. Jangan pilih yang mempunyai insang pucat, agak kelabu dan berlendir.

SISIK

Sisik yang masih kuat melekat, berkilat dan sirip yang kuat bermaksud ikan tersebut masih segar. Ikan yang dah tak segar, warna sisiknya kelihatan suram dan mudah tertanggal.

BADAN

Picit sedikit badan ikan dengan hujung jari untuk merasa tekstur isinya. Ikan segar isinya lebih keras dan pejal bila ditekan. Kalau terlalu lembik, ikan tu dah tak segar.

Perhatikan juga bahagian perut ikan. Kalau perutnya terburai, bermaksud ia ikan lama. Kalau perutnya dah hampir pecah, ikan tu dah tak segar.

BAU

Masa tengah pilih ikan, cium sekali baunya. Ikan segar mempunyai bau hanyir bercampur berbau laut. Ikan lama pula berbau busuk dan sedikit masam.

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab