TIPS RENDANG SEDAP & TAHAN LAMA

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Rendang ni salah satu hidangan “wajib” di pagi raya. Rendang ayam, rendang daging, rendang kerang… dan macam-macam lagi lah kan. Jom CikDyg nak share sikit dengan hampa tips macam mana nak masak rendang yang sedap dan tak mudah basi.

1) Pastikan bahan-bahan yang ditumis betul-betul masak supaya rendang tahan lama.

2) Bila rendang dah agak kering, kecilkan api dan kacau sekali sekala sehingga terbit minyak.
Jangan ralit tak kacam sampai hangit kat bawah nah. Kalau ada kuali jenis non-stick lagi baguih.

3) Rendang yang cantik dan tahan lama ialah bila minyak keluaq dari rendang itu. Memang lama sikit masak rendang ni, tapi kesabaran tu insyaAllah berbaloi.

4) Daun limau purut dapat mewangikan lagi bau rendang. Tapi, rendang akan ada sedikit rasa pahit bila hampa boh daun limau purut. Tips untuk hilangkan rasa pahit tu, hampa buang tulang tengah daun limau purut sebelum dimasukkan ke dalam rendang. Tulang daun tu lah penyebab rasa pahit

SEMOGA BERMANFAAT!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab