TOMYAM THAI BERLEMAK #CaraCikDyg

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Ada dak yang tak suka tomyam? Atau suka makan tomyam tapi selalu tak menepati citarasa. Lepas tu buat mesti tak jadi.

Tomyam yang sedap tu bagi CikDyg bila kita hirup… dia punya umphhhhh tak tau nak habaq. Dah la pekat, masam, pedas dan yang paling best rasa lemak sikit tomyam tu. Tomyam ni ada banyak jenis, masing-masing punya citarasa.

Jom CikDyg nak share dengan hampa CikDyg punya style

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan ayaq
  • Ayam @ daging @ udang @ sotong
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 inci lengkuas
  • Cili padi (diketuk)
  • Tomato
  • 2-3 sudu besar paste tomyam
  • Daun limau purut (diketuk)
  • 1 biji bawang
  • 1 ulas bawang putih (diketuk)
  • Limau kasturi
  • 1 ½ sudu besar susu pekat

CARA-CARA:

  1. Mula-mula, masak ayaq sampai mendidih dan rebus daging & ayam sampai masak.
  2. Bila dah mendidih, hampa masukkan serai.
  3. Masukkan cili padi ikut kepedasan yang hampa mau. Nak pedas manja-manja ka, nak pedas berdesing ka, ikut suka hampa.
  4. Hampa masukkan paste tomyam & limau kasturi. Pandai-pandai ejas ikut tahap kemasaman yang hampa suka nah.
  5. Seterusnya, masukkan tomato.
  6. Last sekali, rahsia nak buat kuah tomyam tu rasa berlemak, hampa masukkan susu pekat.
  7. Masak tomyam ni bagi lama sikit atas dapoq nah, nak bagi ayam & daging meresap rasa tomyam tu. Siap!

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab