fbpx

Vietnam Spring Rolls #CaraCikDyg

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Vietnam rolls ni kalau hampa nak pi beli dah berapa ringgit kan. Apa kata CikDyg ajaq hampa buat sendiri ja, senang sangat ceq oi. Yang penting kena ada kerajinan saja. Hampa yang nak diet sesuai sangat makan vietnam rolls ni, sangat berkhasiat dan cepat kenyang.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus Spring Roll Paper
  • Udang dibuang kulit*
  • Isi ketam*
  • Carrot*
  • Timun
  • Cendawan enoki*
  • Daun ketumbar
  • Sohoon*

CARA-CARA:

  1. Celoq bahan-bahan bertanda * terlebih dahulu. Pastikan hampa boh garam dulu nah kat ayaq tu, supaya bahan-bahan Vietnam rolls hampa nanti tak rasa tawaq.
  2. Untuk mula membalut, celup spring roll paper dalam ayaq biasa ja. Jangan celup dalam ayaq panas nah, takut nanti spring roll paper tu cepat koyak pulak. Kemudian susun serba sikit kesemua inti Vietnam rolls mengikut citarasa hampa.
  3. Balut dan gulungkan bagi kemas nah.

BAHAN SOS:

  • Sos cili thai
  • Sos cili biasa
  • Sedikit perahan lemon
  • Daun ketumbar
  • Bijan

Hampa sebatikan ja sos thai, sos cili biasa, dan perahan lemon. Hidangkan bersama vietnam rolls tadi. Siap!

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab