Sayoq sangat kaya dengan khasiat, dan amat baik untuk kesihatan kita semua. Kandungan khasiat dalam sayoq akan mula berkurang sejurus selepas dipetik. Bila hampa masak sayoq tu, khasiat akan semakin dan semakin berkurang.
Macam mana caranya nak kekalkan khasiat supaya kita tak makan dengan sia-sia? Jom CikDyg share dengan hampa antara cara-caranya:
1. Jangan simpan lama
Jangan simpan sayoq terlalu lama di dalam peti sejuk. Sebolehnya masak teruih lepas hampa beli, ataupun sangat sesuai dimakan mentah sebagai salad. Kalau terpaksa simpan jugak sayoq tu, jangan basuh atau potong dulu. Kalau dah potong, simpan dalam bekas yang tertutup rapat dalam peti sejuk nah.
2. Basuh sayur dengan cara yang betul
Vitamin B dan C yang terkandung dalam sayur-sayuran ni mudah larut dalam air. So, pastikan pastikan hampa tak rendam atau basuh lama-lama. Adalah lebih baik kalau hampa basuh sebelum potong sayur-sayurantu. Untuk sayur yang berkulit macam peria, petola, timun, dan sebagainya… hampa tak perlu buang kulit atau potong dulu sebelum basuh sebab kulit tu lah yang menghalang vitamin daripada hilang semasa dibasuh.
3. Jangan rebus sayur terlalu lama
Vitamin akan larut dalam ayaq dan hilang bila hampa rebus sayur tu lama-lama. Seeloknya hampa celur ja sayur tu dalam ayaq mendidih untuk beberapa saat dan teruih angkat cepat-cepat.
4. Kukus cara terbaik
Berbanding kaedah rebus, kukus adalah cara terbaik untuk masak sayur. Dengan kaedah ni, vitamin yang ada dalam sayuran tak akan larut dalam ayaq di samping tak menjejaskan rasa asli sayur tersebut.
5. Kenali cara memasak setiap sayur
Setiap jenis sayur ada cara masak yang berbeza untuk memelihara khasiatnya.
Contohnya, buah tomato boleh dipanasakan dan direbus untuk mengaktifkan aktioksidan yang terkandung di dalam buah tersebut. Sayoq brokoli dan bunga kobis pulak akan hilang antioksidannya bila direbus.
8. Sayur kaya karotenoid perlu dimasak
Berdasarkan kajian, karotenoid (vitamin A) lebih mudah diserap dalam badan apabila dimakan bersama sedikit lemak seperti minyak, dan lebih sesuai dimasak tumis bersama sedikit minyak berbanding dengan makan secara segar. Contoh sayur-sayuran yang kaya karotenoid: lobak, labu, ubi kayu, tomato, dan apa saja sayur-sayuran yang berwarna terang (oren, kuning, merah)
Untuk menumis sayur, masukkan sayur apabila minyak dah betul-betul panas dan tumis sampai nampak agak-agak layu. Jangan biaq sampai sayoq tu lembik nah, bila dah terlebih masak sedikit sebanyak akan hilang khasiat dalam sayur tu. Untuk pengetahuan hampa, kandungan serat pada sayur tak akan terjejas walaupun hampa masak sampai lembik.
Jadi, lepas ni hampa boleh lah cuba masak sayoq dengan teknik yang betul supaya tak sia-sia khasiatnya bila hampa makan. SEMOGA BERMANFAAT!