fbpx

Tentang Kami

Hi! Saya Cik Dayang

Cik Dayang telah terlibat secara tak langsung dalam bidang baking ini sudah lebih 10 tahun. Sampaikan kalau makan apa-apa kek atau biskut, boleh agak apa bahan-bahan yang mereka gunakan.

Minat dalam baking ini bermula sejak kecil lagi ketika dibangku sekolah. Beliau gemar membantu ibunya berniaga biskut, kek & dessert.

Ketika di Universiti, Cik Dayang mengambil kesempatan yang ada apabila masuk cuti semester untuk menjual dan mengambil order kek.
Beliau juga pernah menjadi jemputan untuk mengajarkan ilmu tentang baking di kolej-kolej komuniti, kolej kemahiran serta kelas-kelas hands on yang diadakannya sendiri.

47685614_2220739111283016_8039796461598146560_n
cik dayang

Selain dari mengolah idea dari ilham sendiri, beliau juga banyak mendapatkan inspirasi dari luar negara dan diolah resepi tersebut supaya menjadi lebih unik.

Malah beliau juga turut menjadikan resepi tradisional sebagai suber inspirasi dan mengolah mengikut citarasa serta bersesuai dengan peredaran zaman.

Sebelum ini, beliau juga banyak terlibat & berniaga di pasar pagi, pasar malam, ekspo makanan, Karnival Usahawan Desa (KUD) & Ekspo Hari Peladang. 

Pernah berniaga di pasar Kemboja, Pendang. Jualan paling laris ketika itu ialah Roti Sarang Lebah, dimana jualan seharinya mencecah 20kg.

Beliau juga banyak menyertai kelas-kelas bakery & baking untuk memantapkan lagi ilmu, skill & teknik menghasilkan sesuatu resepi. 

52337618_485918208605645_9177513331005587456_n
50855078_470443283486471_7923073956460888064_n
46503223_434075110456622_2180710550088974336_n
50500532_467951087069024_4859326088888713216_n
39686775_388722198325247_4395319065137119232_n