5 MANFAAT KOPI

Terdapat banyak spekulasi yang mengatakan kopi ni tak bagus untuk kesihatan. Sebenarnya, kopi pun ada khasiatnya yang tersendiri. Yang penting, jangan minum secara berlebihan ya. Jom CikDyg nak share antara 5 kebaikan yang anda dapat dengan minum kopi.

1. MENGHILANGKAN RASA MENGANTUK

Satu cawan kopi mampu membuatkan anda kekal berjaga malam dengan minda yang fokus. Kafein dikategorikan sebagai perangsang psikoaktif yang dapat meningkatkan fokus dan kesedaran minda. Apabila anda minum kopi, kandungan kafein akan diserap ke dalam salur darah dan dihantar ke otak. Di dalam otak manusia terdapat satu kompaun yang akan menyebabkan kita rasa letih dan mengantuk, iaitu adenosin. Kafein bertindak sebagai penghalang kepada adenosin ini untuk membuatkan otak anda berasa letih dan mengantuk.

2. MEMBERI TENAGA

Kafein juga dapat meningkatkan kadar hormon adrenalin dalam badan manusia. Adrenalin merupakan hormon yang berkait rapat dengan tenaga harian anda. Apabila adrenalin diaktifkan, aliran darah kepada otot akan meningkat, sekaligus menjadikan anda lebih cergas dan bertenaga. Minuman tenaga yang terdapat di pasaran pula kurang kandungan kafein tetapi tinggi kandungan gula. Kopi adalah pilihan yang terbaik untuk anda berbanding minuman tenaga.

3. MOOD POSITIF

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan kafein pada dos rendah boleh mengurangkan masalah anxiety. Sebaliknya, jika kafein diambil secara berlebihan, ia boleh meningkatkan keresahan, rasa gemuruh, panik, dan menyebabkan insomnia. Kopi juga sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah depresi kerana kandungan anti oksida nya yang tinggi.

4. MENURUNKAN BERAT BADAN

Kandungan kafein yang ada dalam kopi telah dimanfaatkan secara meluas dalam banyak produk kurus di pasaran. Pengambilan kopi dapat meningkatkan kadar metabolisma badan sebanyak 3-11%, sekaligus meningkatkan aktiviti pembakaran lemak. Tetapi kesan ini hanya untuk jangka masa pendek sahaja.

5. MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT

Kopi dapat mengurangkan risiko menghadapi beberapa penyakit iaitu Alzheimer, Diabetes Type II, Parkinson, dan kanser kolon.

  • Penyakit Alzheimer ataupun nyanyuk tidak ada penawar nya, tetapi dengan minum 3 hingga 5 cawan kopi sehari, anda dapat mengurangkan risiko menghidapi penyakit ini sebanyak 65%.
  • Menurut laporan daripada American Chemical Society’s Journal of Agricultural & Food Chemistry, pengambilan kopi sebanyak 4 cawan sehari dapat mengurangkan risiko menghidapi penyakit Diabetes Type II sebanyak 50%.
  • Pesakit yang telah sembuh dari kanser kolon dapat mengelakkan daripada penyakit yang sama berulang kembali dengan mengambil 4 cawan kopi sehari (menurut kajian Institut Kanser Dana-Farber).
  • Seperti Alzheimer, Parkinson juga tidak ada penawarnya. Tetapi, beberapa kajian mendapati bahawa kebarangkalian untuk orang yang minum kopi menghidapi Parkinson adalah rendah. Kajian neurologi juga telah membuktikan bahawa simptom penyakit Parkinson dapat dikurangkan dengan minum kopi.

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

Follow Kami

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top