BEZA KEK SPAN & KEK CHIFFON

Ramai sebenaqnya yang keliru antara kek span dengan kek chiffon. Dua-dua nampak lembut, fluffy. Macam mana nak bezakan? Jangan risau, kalau hampa tak tau nak bezakan antara dua jenis kek ni, hampa tengok saja pada bahan-bahan yang digunakan pada tekstur kek.

KEK SPAN adalah kek yang paling asas, hanya diperbuat daripada telur, gula, dan tepung. Kalau hampa pi kedai beli kek, kek ni disebut “kek biasa”. Walaupun hanya menggunakan 3 bahan sahaja, hasilnya kek sangat fluffy gittewww. Sesuai dengan namanya, kek span sangatlah ringan, gebu, dan lembut. Kek span ni kurang rasa, biasanya dibuat secara berlapis ataupun dijadikan kek gulung, dilapis dengan krim/buttercream untuk memberikan rasa mewah pada kek.

KEK CHIFFON menggunakan bahan asas kek span, tetapi mempunyai 2 bahan tambahan: baking powder dan minyak/butter. Baking powder menjadikan kek naik lebih tinggi manakala minyak/butter memberikan rasa lebih lemak dan tekstur yang moist. Berbeza dengan kek span, kek chiffon tidak dihidangkan dengan sebarang topping atau krim disebabkan rasa keknya yang sudah sememangnya lemak.

Kalau hampa tengok kek span dengan kek chiffon, rupanya seakan sama. Cara nak bezakannya, kek chiffon ni berongga sikit bebanding kek span.

SEMOGA BERMANFAAT!

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

Follow Kami

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top