Cara-Cara Membersihkan Microwave

Jika anda seorang yang rajin memasak atau selalu menggunakan ketuhar (microwave), anda kena selalu tgok dalam ketuhar sama ada bersih atau pun tidak.

Kekotoran dalam ketuhar tersebut mungkin boleh menyebabkan ketuhar berbau dan kotor. Lebih teruk lagi, makanan yang dipanaskan di dalam ketuhar tersebut mungkin boleh menjadi racun.

Easy Bake Lab nak berkongsi cara-cara untuk membersihkan ketuhar uolls. Alat-alat yang diperlukan adalah:

Lemon

  1. Ambil sebiji lemon dan potong dua.
  2. Letakkan lemon tadi di dalam piring khusus meicrowave tu dan campurkan satu senduk makan air.
  3. Hidupkan microwave selama 1 minit sahaja.
  4. Dan seperti biasa, dah habis seminit, ambil kain dan cuci.

Cuka

  1. Di dalam microwave korang, letakkan setengah mangkuk air. Dalam mangkuk yang ada air tu, korang letak satu senduk makan cuka putih.
  2. Letakkan di dalam microwave korang.
  3. Hidupkan microwave korang dalam masa 5 minit sahaja.
  4. Dah habis 5 minit, keluarkan mangkuk tersebut dan korang besihkan microwave dengan menggunakan kain.
  5. Dah bersih dahhh.

Jadi, itu antara cara-cara yang boleh digunakan untuk cuci korang punya microwave. Jangan biarkan microwave korang kotor. bahaya untuk kesihatan kita akan-akan datang.

Rajin-Rajinkan diri mencuci microwave yekk.

#Tepung Biskut Fames Ames

#Easy Bake Lab

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

Follow Kami

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top