Yang takdak oven wajib buat tau.
Asyik buat cornflakes madu ja, tahun ni jom cuba kelainan pulak. Sekali dah buat, konpem tak tukaq resepi lain dah!BAHAN-BAHAN:
- 100 g gula
- ½ tin susu pekat
- 5 sudu besaq madu
- Secubit garam
- 1 ketui butter
- 500 g cornflakes (diramas halus)
CARA-CARA:
- Mula-mula, hampa masak gula sampai jadi perang gelap. Guna api perlahan saja nah.
- Masukkan susu pekat & madu, kacau sampai adunan tu sebati.
- Jangan lupa masukkan garam sikit, nak bagi dia rasa berlemak. Sentiasa kacau nah, jangan dok tinggai, takut dia hangit.
- Bila adunan karamel tu dah berbuih, masukkan butter. Kacau sampai butter cayaq dan sebati semua bahan.
- Lepas tu, hampa masukkan cornflakes & gaul sampai bersalut rata dengan karamel.
- Last sekali, cedok cornflakes tu & masukkan dalam cup.
- Hampa masukkan dalam peti sejuk selama 2 minit sebelum makan
SELAMAT MENCUBA!