DIET VEGAN ATAU VEGETARIAN?

Daging haiwan sememangnya ada khasiat yang tersendiri. Tapi kalau terlebih makan, boleh mendatangkan penyakit. Nak cuba diet vegetarian? Jom kenal-kenal dulu apa itu vegan dan vegetarian.

Vegan BUKAN short-formed untuk perkataan vegetarian. Nehi nehi nehi. Vegan ni lebih kurang macam vegetarian juga.

Vegetarian dan vegan ni biasa diamalkan atas pelbagai sebab: agama, kesihatan, dan juga kesedaran terhadap pemeliharaan haiwan.

VEGETARIAN

  • Vegetarian merujuk kepada golongan yang tak makan daging haiwan seperti lembu, kambing, ayam, itik, seafood, dan sebagainya.
  • Terdapat 3 jenis vegetarian:
  1. Lacto-vegetarian: golongan vegetarian ni makan produk tenusu, tapi tak makan telur langsung.
  2. Ovo-vegetarian: makan telur, tapi tak makan mana-mana produk tenusu.
  3. Lacto-ovo-vegetarian: golongan vegetarian ni pula makan kedua-dua produk tenusu dan juga telur.

VEGAN

  • Berbeza dengan vegetarian, golongan vegan pula tak makan daging haiwan, dan langsung tak makan telur serta sebarang produk tenusu,madu,dan gelatin. Secara ringkasnya, apa-apa sahaja yang berkaitan dengan haiwan…golongan vegan tak makan.
  • Vegan bukan sekadar gaya pemakanan, tetapi ada juga yang turut mengamalkannya dalam gaya hidup mereka. Mereka tak menggunakan sebarang pakaian yang berasaskan kulit ataupun bulu haiwan, dan juga produk kecantikan serta kosmetik yang diuji ke atas haiwan. Golongan ni sangat menitikberatkan pemeliharaan haiwan.

MANFAAT UNTUK KESIHATAN

Sumber makana utama bagi kedua-dua golongan vegan dan vegetarian ialah sayur-sayuran, bijirin, kekacang, dan buah-buahan.

Bagi yang nak cuba antara dua jenis diet ni, memang bagus sangat! Almaklumlah, pengambilan daging yang kerap berkait rapat dengan macam-macam penyakit seperti diabetes, masalah jantung, obesiti, kolesterol tinggi, darah tinggi, dan lain-lain lagi.

Diet vegan dan vegetarian ni rendah kandungan lemak tepu dan kolesterol, serta tinggi vitamin, mineral, dan serat.

Tapi harus diingat! Sayur-sayuran tidak mengandungi vitamin B12, jadi anda perlu cari pengganti untuk memastikan badan anda masih memperolehi vitamin ni dari sumber lain. Vitamin B12 ni salah satu vitamin yang sangat penting tau.

Anda perlu rancang pemakanan dengan betul dan pastikan semua nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh badan diambil secukupnya.

kredit foto: healthproduces.com

SEMOGA BERMANFAAT!

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

Follow Kami

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top