INFO BUTTERMILK

Bagi penggemar baking, mesti hampa dah biasa dengaq tentang BUTTERMILK kan? Bagi yang tak kenai lagi mungkin tertanya-tanya.. “Buttermilk tu butter dengan susu ka? Ayam masak buttermilk tau la makan, buttermilk tu taktau apa dia..” Hehehe. Ok jom CikDyg nak share serba sedikit info tentang buttermilk ni dengan hampa.

Buttermilk merupakan susu yang dah ditapai, dan rasanya sedikit masam berbanding susu biasa. Rasa masam tu datang dari asid laktik selepas mentega keluar dari susu akibat proses panapaian. Tekstur susu menebal Ketika berlaku nya proses denaturasi protein dalam susu. Bakteria yang digunakan dalam proses ini ialah:

  • Streptococcus lactis
  • Lactobacillus bulgaricus

Buttermilk bukan mentega, dan bukan juga susu. Kegunaan dan hasilnya dalam baking juga tak sama macam butter dan susu. Ia berfungsi untuk melembutkan adunan kek tanpa perlu menambahkan kandungan lemak. Jika digunakan dalam membuat penkek, tekstur penkek hampa akan menjadi lebih moist dan lembut.

Kandungan asid yang ada di dalam buttermilk akan mengaktifkan baking soda yang ada dalam adunan kek dan hasilnya, kek akan mengembang cantik apabila dibakar. Jadi, kandungan baking soda perlu dikurangkan sekiranya menggunakan buttermilk.

Tapi, sayangnya.. buttermilk ni susah nak beli sebab bukan semua kedai ada juai. Biasanya supermarket besaq-besaq ja yang ada juai. Jangan risau jangan bimbang, terdapat beberapa alternatif lain yang boleh hampa gunakan untuk menggantikan buttermilk:

  • CAMPURAN LEMON & SUSU CAIR

Campuran  1cawan (240ml) susu cair Bersama 1 sudu besar perahan lemon dan kacau sebati. Biaq pada suhu bilik selama 5-10minit dan hampa akan dapat tengok tekstur nya menjadi semakin kental. Lemon juga boleh digantikan dengan cuka kerana cuka juga bersifat asid seperti lemon.

  • YOGURT

Campurkan ¾ cawan yogurt  (190 gram) dengan sedikit air (1/4 cawan @ 180ml) dan kacau sebati. Tujuan dicampurkan air adalah supaya tekstur yogurt yang berkrim akan mencair sedikit. Yogurt merupakan susu lembu yang telah melalui proses fermentasi dan mempunyai rasa yang masam. Kalau hampa takdak yogurt, krim masam (sour cream) pun boleh guna tau.

  • CREAM OF TARTAR

Cream of tartar juga mempunyai sifat asid dan boleh digunakan sebagai pengganti buttermilk. Caranya mudah saja, hampa campurkan 1 ¾ sudu the cream of tartar dengan 1 cawan susu cayaq (240 ml) dan kacau sebati. Ketepikan dan biar selama 5-10 minit sehingga tekstur menjadi kental.

SEMOGA BERMANFAAT!

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

Follow Kami

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top