JOM KENALI JENIS-JENIS TEPUNG BERAS

Hampa mesti perasan kan, tepung beras ni ada banyak cap. Hat cap gajah pulak, ada yang 1 gajah, ada yang 3 gajah, ada yang 5 gajah. Ha sudahh, nak guna hat mana ni? Hampa tak buleh main guna ja mana-mana pun, sebab hasil nanti tak sama. TEPUNG YANG TEPAT AKAN JADIKAN MAKANAN YANG DIMASAK LEBIH SEDAP!

Info ni CikDyg pun belajaq dari orang lain jugak dan CikDyg pun dah cuba sendiri. Alhamdulillah dapat kuih yang cantik, CikDyg guna cap 3 gajah.

Ada orang buat kuih talam, pastu buat kuih rempeyek kadang-kadang tak jadi kan. Ni CikDyg kongsikan dengan hampa tips memilih tepung beras yang sesuai mengikut jenis masakan.

TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH

Hat ni sangat sesuai untuk adunan yang perlu digoreng sebab hasilnya akan jadi sangat rangup, contohnya:

  • Adunan cucoq (cucur) seperti goreng pisang, keledek, keladi, cucoq cempedak
  • Adunan untuk menggoreng ikan seperti goreng mamak, goreng berempah, dan sebagainya
  • Sangat sesuai untuk buat rempeyek, dan tumpi kacang hijau @ dhall

TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH

Tepung beras cap 3 gajah ni sangat sesuai untuk kuih-kuih tradisional sebab ia akan menghasilkan tekstur kuih yang lembut dan berkilat. Contohnya: kuih koci, apam beras, dan sebagainya.

TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH

Hat ni pulak lebih sesuai untuk buat mee, laksa, dan pelbagai jenis adik-beradik mee yang lain sebab ia lebih kental.

TEPUNG BERAS CAP TERATAI

Tepung beras cap teratai ni amat sesuai buat rempeyek dan apam. Kalau hampa buat apam pakai hat ni, rasa tepungnya kurang. Dan bila hampa buat rempeyek dan tumpi pulak, hasilnya sangat-sangat lah rangup.

Sekian sahaja perkongsian yang tak seberapa ni daripada CikDyg.

SEMOGA BERMANFAAT!

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

Follow Kami

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top