Kek Marble Seygak 6 Bahan Jerr

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Memang kek ni seygak sangat, seygak macam CikDyg tau. Kah kah kah…🙄 Kek ni kan dok tengah viral la ni. Macam- macam aih orang bagi nama kek ni. So, CikDyg letak kek marble seygak la noh. Ikot suka hampa la nak boh nama apa pon.

BAHAN – BAHAN:

(Bahan A)

  • 5 biji telur gred A
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 cawan gula kastor
  • 1/4 cawan susu full cream

(Bahan B – diayak)

  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 tsb Esen vanila

(Bahan C)

  • 1 cawan minyak jagung
  • Pewarna kesukaan

CARA – CARA:

  1. Masukkan gula, ovalette dan telur ke dalam bekas dan pukul sehingga gebu.
  2. Masukkan susu full cream. Kemudian masukkan Bahan B.
  3. Akhir sekali, masukkan Bahan C. Hanya kacau sekata… Jangan lama-lama, nanti adunan cayaq.
  4. Bahagikan adunan mengikut warna kesukaan.
  5. Tuangkan ke dalam bekas petak saiz 8 inci untuk kek yang cantik ketinggiannya.
6. Ambil sedikit adunan dan warnakan lebih terang untuk corak hiasan.
7. Bakaq pada suhu 150C selama 45minit atau sehingga masak (bergantung kepada oven masing – masing).
SELAMAT MENCUBA!

Nak share? Silakan, untuk pahala yang berpanjangan.

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab