Nasi ni makanan ruji orang Malaysia. Kalau seharian tak dapat nasi, rasa macam something wrong somehere, betui dak? Nasi ada pelbagai rasa, bau, tekstur dan khasiat. Nasi yang berbeza-beza ni datangnya dari pelbagai jenis beras. Jom CikDyg nak share dengan hampa antara jenis-jenis beras yang femes kat Malaysia ni.
Pertama sekali, semua beras mengandungi dua jenis kanji iaitu Amylose dan Amylopectin. Perbezaan kandungan kanji ni lah yang akan menentukan tekstur dan khasiat nasi apabila dimasak.
BERAS PUTIH (BIJIRIN PANJANG)
- Beras ni kurang kandungan serat tapi kaya dengan nutrisi, vitamin, dan mineral.
- Tekstur nasinya gebu dan berderai.
BERAS PUTIH (BIJIRIN MEDIUM)
- Beras saiz medium ni ada lebih banyak kandungan kanji Amylopectin.
- Jadi, tekstur nasi akan jadi lebih kenyal giteww disebabkan oleh kandungan kanji Amylopectin ni.
BERAS PUTIH, BIJIRIN PENDEK
- Butir beras ni pendek-pendek je.
- Apabila dimasak, nasinya agak melekit, dan biasa digunakan untuk buat sushi.
BERAS PERANG
- Umum mengetahui beras perang ni lebih berkhasiat daripada beras putih. Beras perang tinggi kandungan serat dan nutrisi.
- Beras perang ambil masa yang lebih lama untuk dimasak kerana ia perlukan lebih banyak masa untuk menyerap air.
- Beras perang ni cara masaknya ialah dengan nisbah 1 cawan beras kepada 1.5 atau 2 cawan air. Nasi dari beras perang adalah ringan, gebu dan tidak melekit.
BERAS PULUT
- Orang Malaysia memang dah biasa dengan beras pulut ni untuk masak pulut kuning, kuih seri muka, pencuci mulut, dan sebagainya.
- Beras ni apabila dimasak, akan menghasilkan pulut yang yang melekit disebabkan oleh kandungan gluten.
- Rasanya lebih berlemak dan manis berbanding nasi.
BERAS BASMATI
- Beras ni saiznya lebih panjang daripada biasa, dan berbau wangi apabila dimasak.
- Jarang-jarang la kita masak nasi guna beras basmati ni sebab harganya agak mahal berbanding beras lain.
- Hidangan istimewa seperti nasi arab, nasi briyani, nasi minyak..sesuai la guna beras basmati sebab kualiti berasya bagus, tidak mudah patah apabila dikacau dan juga rasanya yang sedap.
- Cara masak beras basmati juga tak sama dengan beras biasa. Digalakkan untuk rendam dulu beras basmati ni sekurang-kurangnya 30minit sebelum dimasak untuk dapatkan tekstur nasi yang gebu dan lembut. Nisbah beras basmathi dan air ialah 1:1.5 (Maksudnya, 1cawan beras bersamaan 1.5 cawan air)
BERAS JASMINE
- Juga dikenali sebagai beras Thai wangi.
- Beras ni panjang, warnanya agak jernih, dan berbau wangi seperti jasmin apabila dimasak.
- Beras Jasmine mempunyai lebih tinggi kandungan kanji Amylopectin berbanding beras panjang yang lain. Jadi, tekstur nasi dari beras Jasmine lebih lembut dan lembap.