Hai hampa, jom CikDyg nak share cara buat Keria Ball yang lembut yakmat kat dalam, tapi rangup kat luaq.
Senang saja bahan dia:
- 500 gm keledek putih/kuning
- 3/4 cawan tepung gandum
- 1 sudu besaq tepung ubi
- 1 sudu besaq majerin
- garam secukup rasa
- minyak untuk menggoreng
(Untuk Sira)
- 1 cawan gula
- 1/2 cawan air
CARA-CARA:
1. Mula-mula, buangkan kulit keledek. Lepas tu hampa potong kecik-kecik ubi keledek tu.
2. Masukkan keledek, garam, dan ayaq secukupnya ke dalam periuk. Rebus sampai lembut.
3. Agak-agak dah lembut, hampa toskan ayaq dan lenyek keledek sampai lumat semasa masih panas lagi.

4. Hampa sejukkan dulu keledek yang dah dilenyek tadi, kemudian gaulkan dengan tepung dan marjerin.

5. Uli sampai doh agak-agak tak melekat kat tangan dan bulatkan kuih keria tu ikut besaq mana hampa suka.

6. Goreng keria ball dengan api sederhana.

7. Bila keria ball dah bertukar warna kuning keemasan, hampa angkat dan toskan minyak.

8. Masak pula bahan-bahan sira hingga mendidih dan pekat.
9. Lepas tu, tutup api dan masukkan keria ball. Gaul perlahan-perlahan hingga sira berpalut rata pada semua keria ball.

SELAMAT MENCUBA!