Jom CikDyg share resepi Koktail Kastard #CaraCikDyg yg super duper yummy
BAHAN-BAHAN:
- Buah campuran dalam tin
(BAHAN-BAHAN PUDING KASTARD)
- 1 tin susu cayaq
- 2 tin ayaq mineral
- Secubit garam
- Esen vanilla
- 8 camca besaq tepung kastard
- ½ cawan gula (gula putih buleh, gula perang pun buleh. CikDyg guna gula perang)
- Masak 1tin susu cayaq di dalam periuk sampai mendidih.
- Masukkan 1 tin ayaq mineral, secubit garam, dan esen vanilla.
- Sementara tu, hampa sediakan bancuhan 8 camca besaq tepung kastard bersama 1 tin ayaq dalam bekas lain.
- Masukkan ½ cawan gula ke dalam susu tadi. Dah boh gula kena kacau supaya gula larut dan tak berketoi.
- Bila susu dah mendidih, masukkan bancuhan tepung kastard tadi sambil kacau.
- Sentiasa kacau nah, dan masak sampai betui-betui pekat.
- Bila dah pekat, tutup api dan teruih tuang dalam bekas.
- Simpan dalam peti ais sampai keras. Bila dah keras, hampa potong dadu-dadu ikut kreativiti.
(BAHAN-BAHAN KUAH KOKTAIL)
- 1 ½ tin susu cayaq
- 1 ½ tin ayaq
- Secubit garam
- Esen vanilla
- 3 sudu besaq gula (CikDyg guna gula putih)
- 1 camca besaq tepung kastard
- Masak 1 ½ tin susu cayaq sampai mendidih. Masukkan secubit garam, 1tin ayaq, esen vanilla, bersama 3 sudu besaq gula.
- Kacau sebati. Sementara tu, hampa sediakan bancuhan 1 camca besaq tepung kastard Bersama ½ tin ayaq.
- Bila adunan susu tadi dah mendidih, masukkan bancuhan tepung kastard.
- Hampa kacau sebati nah, biaq sampai mendidih.
- Bila dah mendidih, tutup api dan hidangkan bersama puding kastard tadi dan buah campuran.
SELAMAT MENCUBA!