Makanan ruji kita hari-hari adalah nasi. Kalau sehari kita tak makan, maw menjerit jugak perut kan..haha. tu kalau orang yang diet la. Kalau orang yang diet, mungkin okey saja kalau tak makan nasi.
Kadang-kadang ada orang masak nasi lebih sebab boleh buat nasi goreng esok pagi. ye dak. huhu. Sama macam cheq, masak nasi lebih boleh buat bekal untuk suami p keja. Tp kadang-kadang tu, bila nak masak, tengok nasi dah basi, adoiii, boleh jadi ‘hulk’ jugak pagi-pagi.
#EasyBakeLab nak share dengan hampa macam mana nak buat nasi jadi tak cepat basi. Mungkin hampa boleh ikut. tak perlu dah membaziaq kan.
1. Beras Okey Lagi
Pastikan beras yang hampa nak masak tu okey lagi la. Jangan beras dah 2/3 tahun hampa guna, Memang dah elok la.
2. Cuci Beras Sampai Bersih
Masalahnya, ada ka orang cuci beras tak bersih?haha. Hampa kena make sure beras yang hampa cuci tu sampai jernih warna ayaq dia. Kalau warna dia still lagi keruh, hampa jangan la masak. Kasi cuci lagi. Sambil cuci tu, sambil selawat. Baru la ada keberkatan kan. Nak basuh beras sambil mengaji pon xpa aih..
3. Letak Daun Pandan
Daun pandan memang sesuai untuk diletakkan waktu masak nasi. Letak daun pandan pon boleh buat nasi tu wangi ja nak makan. Baru syiok nak menambah nasi time makan. Tapi letak daun pandan ni bukannya alasan hampa boleh jadi gemok noh.
4. Kacau Nasi Semasa Memasak
Sebelum nasi tu diangkat, hampa kacau-kacau la dulu nasi tu. Tujuan dia untuk nasi sebati, dan semua nasi tu masak. Kacau sat saja. Sampai sebati saja nah.
Tu saja tips nak share, kalo hampa ade tip lagi yang boleh buat nasi tak basi, hampa tambah dekat komen nah. Kita sama-sama kongsi.
Kalo tips ni syiok, hampa KLIk SHARE nah.
#EasyBakeLab #MemasakDariHati #BakingLikeExpert #MasakCaraCikDyg