SAGU PELANGI GULA MELAKA #CaraCikDyg

Tuu diaa tuu diaa. Sejuk-sejuk lalu anak tekak time bukak posa. Tak sabaq tunggu orang azan. Hehe. Jom CikDyg share resepi dia yang mudah dan super sedap.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 cawan sagu
  • 4 cawan ayaq

CARA-CARA:

  1. Masak ayaq sampai mendidih.
  2. Kemudian masukkan sagu, masak sehingga biji-biji putih hilang. Sentiasa kacau.
  3. Bila dah jernih, bilas sagu tadi dengan air paip bagi buang kanji-kanji supaya sagu cantik dan tidak melekat.
  4. Bahagikan mengikut warna kesukaan.

BAHAN-BAHAN AYAQ GULA:

  • 1/2 keping gula melaka
  • Sehelai daun pandan
  • 3 camca besaq gula putih
  • 1/2 cawan ayaq
  • Sedikit garam

CARA-CARA:

  1. Masak kesemua bahan sampai mendidih dan agak pekat

Kuah susu dia CikDyg hanya gunakan susu cair tin saja. Untuk hidangkan, hampa masukkan ayaq gula dalam cawan, lepas tu boh sagu, last sekali tuang susu. Nak boh ais pun buleh, tapi CikDyg tak boh. Sejukkan dalam peti ais ja.

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

Follow Kami

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top