TIPS BERAYA DI MUSIM PKP

Hampa mesti dah sedia maklum, suasana Raya Aidilfitri tahun 2020 ni pasti berbeza berbanding sebelum-sebelum ni. Disebabkan oleh wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia, perjalanan merentasi sempadan negeri untuk tujuan berhari raya tidak dibenarkan sama sekali sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuatkuasa sehingga 9 Jun 2020.

Tapi, hampa jangan sedih-sedih nah. Hari Raya masih boleh disambut di rumah, dan PERLU disambut tau! Sebagai tanda kemenangan selepas sebulan berpuasa kan…

Jom CikDyg nak share tips macam mana nak kembalikan semula mood raya tu, walaupun tak dapat balik beraya di kampung.

HIAS RUMAH

Walaupun tinggal di bandar, hampa masih boleh wujudkan mood Hari Raya di rumah sendiri. Ini lah masanya untuk hampa tonjolkan bakat dan kreativiti dalam menghias.

Beli lah perhiasan-perhiasan raya seperti pelita, lampu ‘liplap’ dan ketupat hiasan. Sebagai persiapan raya, dah boleh dah start kemas-kemas sikit rumah hampa. Vakum, sapu, mop, tukaq langsir, dan sebagainya.

BELI BAJU RAYA

Pagi raya, mesti la kena bersiap wangi-wangi pakai baju baru. Jangan la mentang-mentang beraya tak pi mana, hampa bangun tidoq tak mandi sampai ke petang. Heheh

SEDIAKAN JUADAH HARI RAYA

Hari raya dan juadah raya sememangnya berpisah tiada. Lagi syiok kalau dapat masak dengan ayaq tangan sendiri, betui dak? Tak pandai takpa, buleh belajaq.

Whatsapp, calling-calling la mak ataupun mak mertua kat kampung mintak resepi rendang ka..kuih raya ka.. Bila rumah hampa dipenuhi dengan bau semerbak harum kuih raya, rendang, ketupat, lemang, baru lah feel raya tu mai.

BERMAAFAN DI PAGI RAYA

La ni dah tahun 2020, zaman canggih manggih. Takdak alasan untuk tak bermaafan sesama ahli keluarga dan sahabat handai walaupun tak dapat bersua muka.

Macam-macam apps hampa buleh guna.. call, whatsapp, video call, hantar e-kad raya, dan sebagai nya. Duit raya pun hampa buleh transfer ja la ni.

BERGAMBAR BERSAMA KELUARGA

Boleh dikatakan “wajib” la bergambaq di pagi raya ni kan?

Bagi yang dah berkeluarga, alhamdulillah boleh bergambar bersama di rumah. Bagi yang bujang dan berjauhan dari keluarga, hampa pun masih boleh bergambar kenangan melalui video call.Boleh disimpan atau di pos di media sosial sebagai kenangan paling bersejarah apabila seluruh negara beraya dalam suasana PKP.

Hampa tak keseorangan, seluruh dunia menjalani rutin yang sama.Yang penting, “Kita Jaga Kita”. Bila keadaan dah pulih nanti, hampa beraya la puas-puas nah. Tahun depan kan raya masih ada, insyaAllah

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

Follow Kami

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top