5 Jenis Makanan Yang Berkhasiat

Badan yang sihat datangnya daripada cara pemakanan kita. Korang yang selalu memasak tu kena juga cari makanan-makanan yang berkhasiat.

Easy Bake Lab nak share dengan korang 5 Jenis Makanan Yang Berkhasiat yang boleh korang amalkan untuk mendapat tubuh badan yang sihat dan cergas.

1. Oat

Oat terkenal sebagai salah satu makanan yang dapat menurunkan kadar kolestroldi dalam badan anda. Sekiranya korang mengambil oat sebagai sarapan, tempoh kekenyangan akan berada dalam tempoh yang agak lama berbanding makan makanan yang lain. Sebagai contoh nasi lemak. haha. Makan pukul 7 pagi, pukul 10 pagi insyaAllah akan amek lagi. kih3.

2. Buah-Buahan

Buah-Buahan mempunyai banyak antioksidan seperti Vitamin C dan Vitamin A. Fungsi Antioksidan ini adalah untuk melawan kerosakan radikal bebas di dalam badan dan antioksidan ini juga dapat mengurangkan risiko kanser. Antara banyak-banyak buahan, Blueberry dan Anggur mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi. Korang nak tahu juga yang antioksidan ni dapat merangsang imun untuk melawan kesan penuaan dalam badan. Jadi banyakkan makan buah-buahan nah.

3. Ikan Salmon

Merupakan makanan yang kaya dengan omega-3 yang dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit sakit jantung dan juga aterosklerosis (iaitu penyakit arteri progresif yang disebabkan oleh penimbunan plak sehingga aliran darah menyempit). Ikan salmon ini juga mempunyai lemak baik di mana telah terbukti dapat meningkatkan kesihatan kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa. Selain itu, orang yang mahu membina badan turut juga mengambil ikan salmon sebagai sumber protein mereka. Banyak juga kelebihan ikan salmon ni, kih3. Tapi nak membeli ikan ni, boleh la 2 bulan sekali..haha.

4. Yogurt

Yogurt mengandungi KalsiumVitamin B dan protein. Sekiranya korang jenis yang tidak minum susu, korang boleh mencuba makan yogurt. Yogurt boleh menjadi sebagai altenatif untuk anda untuk mendapatkan kalsium bagi membina tulang dan gigi yang kuat. Selain itu, yogurt ini juga mengandungi kuman mesra yang membantu menggalakkan sistem pencernaan korang yang sihat.

5. Lada 

Kalo korang perasan, banyak masakan menggunakan lada. Lada mengandungi antioksidan seperti beta-karotena dan Vitamin C. Semua lada mengandungi bahan yang dipanggil capsaicin. Capsaicin ini mempunyai ciri-ciri anti-radang, penahan sakit, mengurangkan risiko kanser dan juga penyakit jantung. Sering digunakan di dalam membuat salad dan juga masakan lain.

Syiok dengan info ni. Jom share.

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top