9 Petua Hilangkan Bau Peti Sejuk

Peti sejuk ni boleh jadi tempat pembiakan bakteria tau. Peti sejuk yang berbau dan kotoq boleh menjejaskan rasa makanan dan mengancam kesihatan kita. Bahaya ceq oi. Siapa ada masalah macam ni? Jom CikDyg share cara hilangkan bau peti sejuk.

1. CUKA

Masukkan cuka putih ke dalam bekas yang terbuka dan letakkan di dalam peti sejuk. Cuka tersebut akan menyerap bau yang kurang menyenangkan di dalam peti sejuk.

2. BAKING SODA

Bancuh beberapa sudu baking soda dengan air. Gunakan bancuhan ni untuk mengelap di bahagian sekeliling dalam peti sejuk anda.

3. DAUN PANDAN

Simpulkan beberapa helai daun pandan dan letakkan di dalam peti sejuk. Hasilnya, tiada lagi bau hanyir peti sejuk.

4. ARANG

Letakkan 3-4 ketul arang di dalam peti sejuk anda. Arang sangat berkesan dalam menyerap sebarang bau yang kurang enak.

5. SERBUK KOPI

Gunakan satu uncang kopi dan letakkannya di dalam peti sejuk. Serbuk kopi akan menyerap bau yang tidak enak sekaligus mengharumkan peti sejuk anda dengan aroma kopi.

6. ESEN VANILLA

Setelah proses membersihkan peti sejuk, sapukan esen vanilla ke permukaan peti sejuk anda.

7. KULIT NENAS

Letakkan kepingan kulit nenas di dalam peti sejuk anda dan biarkan selama beberapa hari sehingga ia mengecut.

8. OAT

Masukkan oat ke dalam satu bekas dan letakkan di dalam peti sejuk anda.

9. ROTI

Letakkan beberapa keping roti di dalam peti sejuk dan biarkan sehingga kering. Sekiranya peti sejuk masih berbau, gantikan dengan kepingan roti yang baru sehingga bau yang tidak enak hilang.

SEMOGA BERMANFAAT!

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top