Daging Masak Cabai Hidup #CaraCikDyg

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Cukup satu lauk ni saja. Goi goi dengan nasi panaih-panaih. Fuhhhhhh fuhhhh fuhhhhh. Makan dengan roti pun boleh. Jom CikDyg kongsikan dengan hampa cara masak Daging Cabai Hidup yang senang yakmat!

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2kg daging
  • Garam dan kunyit
  • 1 batang serai
  • 2 inci halia
  • 1 keping asam
  • 4 biji bawang besaq (dikisar halus)
  • 8 biji cabai hidup (dibuang bijik dan kisar kasaq)
  • Ayaq daging
  • Garam
  • Gula

CARA-CARA:

  1. Mula-mula amik ½ kg daging yang dah direbus. Lepas tu hampa hiris haluih-haluih ikut saiz kesukaan. Lomoqkan daging tu dgn garam dan kunyit. Dap dap dap (ikut MUA bella). Haha
  2. Lepas tu hampa goreng daging ni bagi dia agak-agak garing saja. Jangan gatai-gatai pi goreng sampai hitam. Terlajak goreng sat lagi daging ni dia keqaih cek oiii. Bila dah garing, toskan dan angkat boh dalam bekaih lain.
  3. Lepas tu minyak hat goreng daging tadi hampa buang sikit, tinggai minyak beda-beda untuk tomeh saja.
  4. Bila minyak dah panaih, hampa tauk la serai sebatang yang dah diketuk, halia 2 inci dah ketuk. Lepas tu letak bawang 4 biji yang dah di blend.
  5. Lepaih tu kan, hampa tomeh tomeh dia sampai naik bau dan aroma dia tu buleh buat hidung kembang setaman. Hampa tauk dalam tu asam gelugoq sekeping.
  6. Agak dah sebati, letak cabai hidup yang dah dibuang biji dan di blend kasaq. Tomeh pi, tomeh mai, tomeh pi, tomeh mai… Bagi sampai dia layu sikit dan dah tak bau cabai. Agak-agak dalam 5 minit lebih lagu tu jugak la.
  7. Bila dah masak agak sampai pecah minyak (pecah minyak noh bukan pecah kuali), hampa masukkan ayaq lebihan rebusan daging tu. Jangan letak banyak sangat. Agak-agak hampa la nak kuah pekat mana.
  8. Lepas dah didih semua, dah nampak bersalut lagu tu… tauk daging yang dah digoreng tadi tu. Lepas tu, hampa goi goi (gaul-gaul) bagi dia bersalut dan berpalut dengan daging. Elok dah nak masak baru la letak gula dan garam. Ejas secukup rasa. Lepas tu katop api, tuang dalam pinggan, letak nasi. Hampa makan jangan dok tengok kiri kanan, inshaAllah habih seperiuk. Hihi
Kalau bawak pi Daging Masak Cabai Hidup berkelah atau pi jalan mana-mana, memang wajib buat. Sebabnya lauk ni tahan 2-3 hari tanpa perlu simpan dalam peti ais tau.

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab