Pisang, atau nama saintifik nya Musa paradisiaca , merupakan salah satu buah kegemaran penduduk di dunia. Jom kita santai-santai berkenalan sikit dengan buah pisang ni.
- Negara India merupakan pengeluar terbesar buah pisang.
- Buah pisang bentuknya melengkung kerana ia tumbuh ke arah cahaya matahari.
- Pisang merupakan kategori beri, dan pokok pisang dikategorikan sebagai herba. Pokok pisang adalah herba terbesar di dunia!

- Pisang yang belum masak boleh dibalut dengan kertas/surat khabar supaya cepat masak. Gas ethylene yang dibebaskan oleh pisang akan terperangkap. Jadi, buah akan cepat masak.
- Simpan pisang yang dah masak di dalam peti sejuk untuk memperlahankan proses daripada terlalu masak. Kulitnya akan bertukar menjadi warna coklat, tetapi tak beri kesan pada isi di dalam.
- Kupas dan potong pisang yang dah terlajak masak dan bekukan di dalam peti sejuk. Anda boleh gunakannya untuk buat smoothie, roti pisang, dan sebagainya.

- Pisang dapat mengurangkan tekanan darah dan melindungi kesihatan jantung kerana ia tinggi kandungan potassium dan rendah kandungan garam.
- Pisang adalah makanan terbaik sebelum anda bersenam kerana kandungan potassium nya dapat menstabilkan saraf dan fungsi otot ketika bersenam.

- Minyak yang terdapat di bahagian dalam kulit pisang dapat meredakan radang & gatal akibat gigitan serangga.
- Pisang hijau menpunyai kandungan kanji yang sangat tinggi. Bila pisang bertukar menjadi warna kuning, kanji akan menjadi gula. Sebab tu lah pisang kuning rasanya lebih manis berbanding yang hijau.

- Pisang menpunyai kandungan air sebanyak 75%.
- Buah pisang akan terapung di permukaan air, sama seperti buah epal dan tembikai.
- Makan pisang dapat memberi kesan baik kepada emosi manusia. Ia mengandungi asid amino, tryptophan dan vitamin B6 yang membantu badan manusia menghasilkan serotonin.