Biskut yang hampa kena buat raya tahun ni. Sangat mudah tapi sedap tau. Dah la guna 4 bahan saja. Bila makan tu berkocak-kocak ja dalam mulut.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ketoi butter
  • 80g gula icing
  • Secubit garam
  • 150g tepung kentang
  • 250g tepung gandum

CARA-CARA:

  1. Mula-mula, hampa putaq butter bersama gula icing sampai kembang.
  2. Masukkan tepung kentang, sedikit garam untuk bagi rasa lemak masin, dan tepung gandum. Uli dengan tangan sampai sebati.
  3. Bila dah jadi doh, dan tak melekat pada tangan.. hampa bahagikan kepada dua adunan (kalau nak buat satu warna sahaja, tak perlu bahagi). CikDyg buat satu adunan wrna coklat.
  4. Untuk adunan yang berwarna coklat, hampa masukkan 1 sudu besaq serbuk koko dan gaul sebati. (Kalau hampa nak buat warna warni, boleh letakkan pewarna)
  5. Cantumkan sedikit adunan tak berwarna dengan yang berwarna coklat, dan uli kat tapak tangan bagi jadi bentuk bulat.
Hampa buat saiz biji guli saja, jangan besaq-besaq nah. Sebab bila bakaq dia akan mengembang.

6. Susun atas loyang dan tekan sikit dengan garfu bagi rata.

Boleh hias dengan manik atau chocolate chip mengikut kreativiti masing-masing.

7. Bakaq pada suhu 150c selama 25minit. Siap!

Resepi ni resepi CikDyg buat niaga tau. Dah diolah supaya tak mudah pecah, tapi rasa dia tetap sedap.

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top