HONEY BUTTER BISCUIT ALA-ALA TEXAS CHICKEN

Bagi hampa Peminat tegar Honey Butter Biscuit ni wajib try buat sendiri tau. Bahan dia mudah yakmat. Tak perlu banyak bahan pon..

Cikdyg kan kalau beli tak pernah cukup seketoi dua. Bila dah makan jadi ketagih la pulak. Tambah2 tokak dengan dia punya kerak2 ataih tu. Perghhh sedapnya la haii. Dengan aroma butter honey yang wangi tu. Fuhhhh akhirnya Alhamdulillah cikdyg berjaya buat sendiri. .Kat sini Cikdyg kongsikan step by step tutorial buat HONEY BUTTER BISCUIT ala2 Texas Chicken ni noh.

BAHAN-BAHAN:

Bahan A (Buttermilk)

  • 130g susu
  • 2 sudu besar cuka makan

Bahan B

  • 260g tepung naik sendiri
  • 2tsp baking powder
  • 40g Gula Kastor
  • 20g Butter
  • 1/2tsp Garam halus

Bahan C (Topping)

  • 60g Butter
  • 80g madu

CARA-CARA:

1. Satukan Bahan A dan biarkan 5-10minit.

2. Dalam bekas lain, masukkan kesemua bahan B.

3. Kita uli-uli dia sampai jadi serbuk roti, bukan doh seketoi nah.

4. Masukkan adunan A ke dalam adunan B kacau sehingga sebati. Tak perlu lenyek-lenyek adunan nah.

Kacau guna spatula atau senduk sebab masa ni adunan dah lembik sikit. Adunan memang ketoi-ketoi kecik, itu yang sedap bila jadi kerak nanti.

5. Bentukkan guna sudu atau scoop mengikut saiz kesukaan. Bentukkan meninggi jangan leper.

CikDyg guna 1 camca besaq. Bentukkan bagi meninggi, jangan leper. Kalau leper, dia akan mengembang ke tepi bila bakaq.

6. Bakar 200c selama 15-20 minit.

Todiaa todiaa todiaa dok bersauna. Bakaq api atas bawah tau.

7. Sambil-sambil tu, cairkan Butter dan masukkan madu. Kacau sebati sehingga mendidih.

7. 3 minit terakhir semasa membakar, sapu kan sos yang masih panas di atasnya 2-3 lapis dengan cepat, kemudian sambung bakar.

8. Bila adunan dah masak keluarkan dan sapu lagi 1 layer sos tu super sedap tu.

Tadaaa dah siap! Sedap yakmat, satu tak cukup ceq oii

SELAMAT MENCUBA!

Kongsikan Artikel Ini

Dapatkan Tips Resepi Terkini Dari Kami

Masukkan email anda di bawah

Tinggalkan Komen Anda Di Bawah

Panduan

Follow Kami

© Hak Cipta Terpelihara 2020

Dibuat Dengan ❤ oleh EasyBakeLab

Scroll to Top